"aku bukanlah penulis blog tegar, jauh sekali seorang novelis. aku hanya penulis picisan. maka tidak hairanlah blog ini kejap berhabuk tak lama bertulis" czueka zulaikha

tips shopping online - edisi penipuan !

Assalamualaikum :). okay reader's aku tengah panas hati sebab baru sahaja ditipu!!!! ditipu oleh sebuah syarikat kurier penghantaran barang yang aku beli online tempoh hari (okay, yang ni aku cerita kemudian sebab tak ada dalam tajuk). mari teruskan ke topik perbincangan kita. muka serius. fokus. bagaimana untuk mengelakkan penipuan shopping online?

According to Czueka Zulaikha (shopping online memerlukan daya psikologi yang tinggi dalam mengesan sebarang bentuk penipuan) Feb, 2014. - sumber czuekazulaikha.blogspot.com

psikologi?

1. kaji selidik produk sehabis mungkin. jika perlu, tanya soalan yang tiada dalam hebahan info produk atau testimoni. jika dia tidak dapat menjawab soalan korang , dia gagal. mungkin dia sedang melakukan penipuan.

2. minta nombor telefon seller, dengan alasan memudahkan korang untuk sms/whatsapp/wechat detail pembelian kelak. lepas dapat tu, terus miss call hehe.

3. tanya alamat (sekurang-kurangnya daerah) tempat tinggal seller, dengan alasan 'jika dekat saya boleh ambil sendiri'. kalau dia tak nak bagi dengan alasan kata dia orang Johor, tapi korang tinggal di Selangor, temberang sajalah cakap kampung kau kat Johor. 

4. minta nama penuh dan no akaun. ini korang tak minta pun dia kasi. okay, gunakan no akaun dan nama penuh tu untuk trace di google. jadi korang boleh tahu, sebarang info seller tu. kalau ada yang berkongsi. 

5. tengok fb/blog seller tersebut. aktif atau tidak. baca feedback dan komen daripada orang ramai. kalau komen orang pun dia balas tak balas, mungkin dia adalah penipu.

6. sertailah persatuan mak jemah di facebook. community yang akan hebahkan senarai nama seller penipu. mudah saja, search senarai penipu online ------ berlambak keluar. so, boleh la join group / like untuk dapatkan maklumat  tentang seller korang.

tengok DP pun dah seram!!!
7. selepas pembelian dibuat, yakni memasukkan duit ke acc number, minta tracking number korang untuk di trace kemudian. wajib buat!!! 

apa itu tracking number?? aku akan sambung next entry nanti :)


kenali syarikat pelaburan berlesen yang sah disisi undang-undang !

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia! Lama terdiam sepi kini muncul kembali. Hari ni aku nak kongsikan bagaimana atau tips untuk mengenali syarikat pelaburan berlesen yang sah disisi undang-undang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada salah seorang Anonymous yang telah bertindak melaporkan RISB kepada pihak berkenaan untuk siasatan lanjut. Berikut merupakan pengisian e-mail yang telah dikirimkan kepada Bank Negara Malaysia. 

p/s: penterjemahan english - malay telah dilakukan bagi memudahkan pembaca memahami butir e-mail tersebut . terjemahan yang tidak sesuai , akan dikekalkan dalam bahasa asal .

 Dihantar: 27/08/2013 15:51
 
Kepada: bnmtelelink@bnm.gov.my
Cc:Subject: FW : Saya memerlukan nasihat mengenai tuntutan-tuntutan ini dan menghargai jika pihak tuan boleh menyiasat tuntutan tersebut.

   
Tuan,
    Saya memerlukan nasihat mengenai tuntutan-tuntutan ini dan menghargai jika pihak tuan boleh menyiasat tuntutan tersebut. Jika tuntutan / dakwaan adalah benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengendali untuk menghalang mereka daripada menubuhkan syarikat baru untuk meneruskan cara mereka menipu.

    
Jika benar , adalah amat sedih kerana mereka mengunakan lepasan siswazah yang masih mentah  sebagai ' agen ' untuk meyakinkan keluarga mereka membuat pelaburan dan sesetengah mungkin perlu menjual rumah-rumah dan lain-lain bagi membayar untuk kerugian.
The Malays has this saying 'kalau tiada angin masakan pokok bergoyang' hence if it is recorded and documented in more than 20 blogs there must be some truth to the allegations and investigation must be carried out.

Dan ini merupakan maklum balas dari pihak BNM:


BNM Telelink bnmtelelink@bnm.gov.my11:01 (11 jam lepas)


    
Tuan / Puan,

    
Kami merujuk kepada e-mel anda bertarikh 27 Ogos 2013.
    Jika skim pelaburan dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip deposit daripada orang ramai dan pelabur dijanjikan pulangan pelaburan dalam tempoh masa yang tertentu , di mana pelaburan asal akan dikembalikan, ia mungkin melanggar Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 ( FSA). Aktiviti pelaburan adalah menyalahi undang-undang dan anda melabur atas risiko anda sendiri . Kami menggesa orang ramai untuk melabur hanya dengan institusi kewangan berlesen.

    Satu cara mudah untuk mengenal pasti dan mengesahkan sama ada atau tidak syarikat itu dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (Bank), anda boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen di laman web kami dengan mengikuti URL ini

    
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

    
Jika syarikat itu TIDAK TERSENARAI dalam senarai kami di laman web, ia hanya bermaksud bahawa syarikat itu TIDAK BERLESEN NOR DILULUSKAN / NOT LICENSED NOR APPROVED oleh Bank untuk menawarkan apa-apa perkhidmatan kewangan atau produk.

    
Anda boleh juga cross check dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM ) dan Kementerian Perdagangan Dalam negeri , koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada status syarikat melalui laman web mereka:

    
1. http://www.sc.com.my
    
2. http://www.ssm.com.my
    
3. http://www.kpdnkk.gov.my

    
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau mangsa kepada aktiviti tersebut, anda boleh hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank seperti berikut:

    
Pejabat LINK & Wilayah
    
Bank Negara Malaysia
    
Jalan Dato 'Onn
    
50480 Kuala Lumpur
    
Fax: 03-21741515
    
E- mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

    
Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan kewangan berjaga-jaga, sila layari
    
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my /microsites/fraudalert/index.htm

    
Untuk maklumat lanjut mengenai perbankan, insurans & takaful, sila layari
    
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my
    
Terima kasih .


    
Raja Rohafiza bt Raja Hassan
    
BNMTELELINK
    
Bank Negara Malaysia
    
No Tel : 1-300-88-5465
    
No Faks: 03-21741515
    
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my


aku berharap e-mail yang dikongsikan ini dapat memberikan serba sedikit panduan kepada pembaca yang bakal atau telah pun melabur. kenali syarikat pelaburan anda. usah bazirkan harta dan yang penting kepada islam, cari pelaburan yang halal dan bermanafaat.