"aku bukanlah penulis blog tegar, jauh sekali seorang novelis. aku hanya penulis picisan. maka tidak hairanlah blog ini kejap berhabuk tak lama bertulis" czueka zulaikha

tips shopping online - edisi penipuan !

Assalamualaikum :). okay reader's aku tengah panas hati sebab baru sahaja ditipu!!!! ditipu oleh sebuah syarikat kurier penghantaran barang yang aku beli online tempoh hari (okay, yang ni aku cerita kemudian sebab tak ada dalam tajuk). mari teruskan ke topik perbincangan kita. muka serius. fokus. bagaimana untuk mengelakkan penipuan shopping online?

According to Czueka Zulaikha (shopping online memerlukan daya psikologi yang tinggi dalam mengesan sebarang bentuk penipuan) Feb, 2014. - sumber czuekazulaikha.blogspot.com

psikologi?

1. kaji selidik produk sehabis mungkin. jika perlu, tanya soalan yang tiada dalam hebahan info produk atau testimoni. jika dia tidak dapat menjawab soalan korang , dia gagal. mungkin dia sedang melakukan penipuan.

2. minta nombor telefon seller, dengan alasan memudahkan korang untuk sms/whatsapp/wechat detail pembelian kelak. lepas dapat tu, terus miss call hehe.

3. tanya alamat (sekurang-kurangnya daerah) tempat tinggal seller, dengan alasan 'jika dekat saya boleh ambil sendiri'. kalau dia tak nak bagi dengan alasan kata dia orang Johor, tapi korang tinggal di Selangor, temberang sajalah cakap kampung kau kat Johor. 

4. minta nama penuh dan no akaun. ini korang tak minta pun dia kasi. okay, gunakan no akaun dan nama penuh tu untuk trace di google. jadi korang boleh tahu, sebarang info seller tu. kalau ada yang berkongsi. 

5. tengok fb/blog seller tersebut. aktif atau tidak. baca feedback dan komen daripada orang ramai. kalau komen orang pun dia balas tak balas, mungkin dia adalah penipu.

6. sertailah persatuan mak jemah di facebook. community yang akan hebahkan senarai nama seller penipu. mudah saja, search senarai penipu online ------ berlambak keluar. so, boleh la join group / like untuk dapatkan maklumat  tentang seller korang.

tengok DP pun dah seram!!!
7. selepas pembelian dibuat, yakni memasukkan duit ke acc number, minta tracking number korang untuk di trace kemudian. wajib buat!!! 

apa itu tracking number?? aku akan sambung next entry nanti :)


12 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Fulamak. Akak ni memang pembanteras (apa jadah ni) penipu dan scammer ke? hahaha

ke cik adik? aicewah :p

anyway I think your blog ada one small issue la with Firefox. Probably caused by your layout kot. Kalau bukak dlm Firefox, nak click kt Post Comments je nanti keluar banyak2 window instead of one window for comment.

From: Day XX - Dah Lama Habis Dah

czueka zulaikha said...

i'm so straight person. bila ada isu semua nak sharing. tak suka orang lain jgk terkena.

btw perasan pasal firefox tu tapi tak tau mcm mna nak prbetulkan :(

kay_are said...

kakak aku pernah kne weh.. sebab tu aku tak caye sangat dengan online.. ape pun, memang berguna tips ni.. hee

fadh leyanie said...

waw..! siap ada citation lagi, beli on9 ni ada klbihan ada kekurangan, hrtu kwn beli handbag, gambar kemain lawa..skali yg sampai bag yg dah bkarat.hampeh.-edisi penipuan gambar

CheguZam said...

Berhati-hati sepatutnya perlu. Jangan jadi mangsa kejahatan internet

Nrl Ndh said...

kne berhati-hati membeli skrg ni

Nurul Hilmiyah said...

tumpang laluuu, jom blogwalking sini www.miaainis.blogspot.com

Unknown said...

haaaa memang ramai penipu uolzzz....kawan kite kene tipu beli stroller dlm 2k lebih ok...jahat sgt....ok salam perkenalan.. :) jom singgah n follow kite http://qaysaasupplement.blogspot.com/

Ana Jingga said...

singgah syawal, macam2 penipuan sekarang ni, memang ada buruk baiknya bila shoping online ni..kena lebih berhati2 kan..:(

KC said...

Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
Can I contact your through your email?

Please email me back.

Thanks!
Kevin
kevincollins1012 gmail.com

Beba Ifa said...

tips yang bagus ni..thank you!

salam singgah dari Sabah! ^_^

http://kylifa.blogspot.com/

Obat Herbal Sakit Maag said...

perlu berhati-hati