Assalamualaikum :). okay reader's aku tengah panas hati sebab baru sahaja ditipu!!!! ditipu oleh sebuah syarikat kurier penghantaran barang yang aku beli online tempoh hari (okay, yang ni aku cerita kemudian sebab tak ada dalam tajuk). mari teruskan ke topik perbincangan kita. muka serius. fokus. bagaimana untuk mengelakkan penipuan shopping online?
According to Czueka Zulaikha (shopping online memerlukan daya psikologi yang tinggi dalam mengesan sebarang bentuk penipuan) Feb, 2014. - sumber czuekazulaikha.blogspot.com
psikologi?
1. kaji selidik produk sehabis mungkin. jika perlu, tanya soalan yang tiada dalam hebahan info produk atau testimoni. jika dia tidak dapat menjawab soalan korang , dia gagal. mungkin dia sedang melakukan penipuan.
2. minta nombor telefon seller, dengan alasan memudahkan korang untuk sms/whatsapp/wechat detail pembelian kelak. lepas dapat tu, terus miss call hehe.
3. tanya alamat (sekurang-kurangnya daerah) tempat tinggal seller, dengan alasan 'jika dekat saya boleh ambil sendiri'. kalau dia tak nak bagi dengan alasan kata dia orang Johor, tapi korang tinggal di Selangor, temberang sajalah cakap kampung kau kat Johor.
4. minta nama penuh dan no akaun. ini korang tak minta pun dia kasi. okay, gunakan no akaun dan nama penuh tu untuk trace di google. jadi korang boleh tahu, sebarang info seller tu. kalau ada yang berkongsi.
5. tengok fb/blog seller tersebut. aktif atau tidak. baca feedback dan komen daripada orang ramai. kalau komen orang pun dia balas tak balas, mungkin dia adalah penipu.
6. sertailah persatuan mak jemah di facebook. community yang akan hebahkan senarai nama seller penipu. mudah saja, search senarai penipu online ------ berlambak keluar. so, boleh la join group / like untuk dapatkan maklumat tentang seller korang.
tengok DP pun dah seram!!! |
7. selepas pembelian dibuat, yakni memasukkan duit ke acc number, minta tracking number korang untuk di trace kemudian. wajib buat!!!
apa itu tracking number?? aku akan sambung next entry nanti :)